课外活动宗旨
OBJEKTIF-OBJEKTIF KOKURIKULUM
  1. 致力全面推动课外活动及综合发展学生之潜能,塑造一个在学术、智力、 情感、 心理方面都能平衡与和谐的学生。
    Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya dianggap sebagai proses pendidikan yang saling lengkap-melengkapi.
  2. 通过参与个人及团体活动,学生能够积极表现自己的才能。
    Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai bagi menunjukkan bakat masing-masing.
  3. 培养爱国意识、崇高价值观以及素质良好的学生。
    Memupuk cinta akan negara, nilai murni dan tingkah laku yang tinggi.
  4. 鼓励各阶层人士,如学生指导委员会、家教协会、家长、地方团体、教师与学生共同参与课外活动的策划及实践。
    Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG), ibu bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum.
  5. 举行各类比赛以提高学生参与兴趣及培养学生的天分并鼓励学生参与校外所举办的活动。
    Mengadakan lebih banyak pertandingan dengan melibatkan semua pelajar, terutama pelajar yang kurang berminat atau kurang berbakat serta menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar.
  6. 致力提高学生在运动方面的成就使学生身手敏捷及拥有健康的体魄。
    Meningkatkan mutu pencapaian pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan kecergasan serta meningkatkan taraf kesihatan dan kecergasan tubuh badan pelajar melalui penglibatan dalam aktiviti fizikal.
  7. 与有关团体合作,提高学生的运动水准。
    Menggalakkan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sukan sekolah ini.